Friday, 19 May 2017

Pengalaman

Dugaan dan ujian pasti akan berlaku pada setiap orang, walau bagaimana pun seseorang itu perlu tempuhi segala rintangan yang dilalui samada suka atau tidak.

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza kerana ianya sesuatu yang pernah dirasai oleh diri sendiri dan kadang kala sukar untuk digambarkan. Itulah pahit manis kehidupan setiap orang  mungkin akan menjadikan dan  kenangan yang diingati.

Bagi nhm, dari kecil sehinggalah sekarang pasti akan melalui rintangan2 yang kadang kala agak mencabar lagi2 fasa persekolahan, apabila dah meningkat fasa dewasa lagi banyak sebenarnya perkara lebih sukar dan memerlukan kesabaran, kekuatan mental dan fizikal serta bijak menguruskan masa dan kewangan.

mcm nhm, dulu bila alam persekolahan terasa nak bekerja, apabila dah merasa bekerja teringan nak bersekolah balik. begitulah kehidupan, apa2 pun bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan dan teruskan kehidupan. Semoga kehidupan anda ceria dan jangan mengalah ! anda mampu menempuhinya.. ☺

penaip ceritera : nhm

0 comments:

Post a Comment

© NHM | Powered by Blogger | Happy Day Template